Tuesday 30 December 2014

CARA TRADISIONAL HALAUTIKUS

7 Cara Paling Berkesan Menghalau Tikus Di Rumah!
June 29, 2014 oleh Baba

Adakah anda fobia akan kehadiran makhluk yang bernama tikus? Jangan risau admin akan kongsikan cara halau tikus.
Tikus merupakan sejenis binantang yang bukan sahaja kotor dan cukup menggelikan, tetapi juga mengundang pelbagai penyakit yang boleh membawa kepada kematian.
Kehadirannya di dalam sesebuah kedai aman biar punhanya seekor sudah cukup membuatkan seseorang itu berasa tidak senang duduk!
Tidak seperti binatang lain seperti nyamuk, membasmi atau menghalau tikus sangatlah sukar. Ini adalah kerana umur tikus yang relatifnya lebih panjang serta kemampuannya membiak memang cukup tinggi. Sekali melahirkan, minimumnya enam ekor dalam masa kehamilan yang singkat.
Jadi, tidak harianlah jika anda melihat tikus yang menjadi penghuni tidak diundang di kediaman anda semakin hari semakin banyak, seakan tidak habis-habis.
Disebabkan itulah juga kita memerlukan cara efektif agar tikus berasa tidak tenang berada di rumah kita. Ada beberapa cara yang kerap di lakukan untuk menghalau dan membasmi tikus seperti menggunakan racun tikus, perangkap tikus dan penghalau tikus elektrik.
Tetapi kita juga boleh menggunakan cara semulajadi untuk membasmi dan mengusir tikus ini. Berikut beberapa cara yang boleh anda cuba: 
1. Daun Pandan
Daun pandan memiliki aroma wangi bukan sahaja boleh menyedapkan bau ruang kediamanan. Keharumannya itu tidak disukai oleh tikus.
2. Kucing
Peliharalah kucing di rumah, terutama kucing jenis tertentu yang dapat membunuh tikus.Kucing merupakan musuh utama bagi tikus!
3. Buah Mengkudu
Ambil dua atau tiga biji buah mengkudu. Potonglah mengkudu tersebut menjadi beberapa bahagian. Letakkan ia dalam sebuah mangkuk di kawasan yang sering dilalui tikus. Bau buah mengkudu yang menyengat membuatkan tikus pergi dari rumah.
4. Minyak Mint
Sapukan minyak yang diperbuat daripada daun mint (MenthaCodifolia) pada sehelai kain dan letakkan di tempat-tempat yang sering menjadi laluan tikus. Sudah pasti tikus tidak akan datang lagi kerana tikus tidak menggemari bau mint.
5. Kapur Barus (DryobalanopsAromatica)
Hancurkan beberapa kapur barus (kasar-kasar), kemudian taburkan di kawasan-kawasan yang menjadi ‘lubuk’ tikus itu. Cara ini cukup efektif kerana tikus sememangnya tidak suka dengan bau kapur barus yang cukup menyengat!
6. Cat BadanTikus
Tangkap seekor tikus, kemudian lumurkan badannya dengan cat berwarna terang seperti warna merah, kemudian lepaskan. Tikus tersebut tidak akan datang lagi, malahan turut membuatkawan-kawan tikusnya yang lain berasa takut untuk mengganggu kediaman anda.
7. Buah Durian
Sediakan dua atau tiga biji buah durian. Mana-mana bahagian isinya yang sedap itu, anda makanlah. Kemudian, letakkan potongan kulit durian tersebut di tempat-tempat yang selalu dilalui oleh tikus. Tentunya bau durian yang menusuk hidung dan kulitnya yang berduri membuatkan tikus berasa gerun untuk singgah di kediamanan anda.
Keberkesanan cara-cara membasmi dan mengusir tikus-tikus tersebut bergantung pada banyak faktor, contohnya keadaan ruang dan kawasan persekitran kediaman anda itu sendiri.
Jadi, anda harus sentiasa peka dengan keadaan sekeliling anda. Elakkan daripada melakukan perkara yang boleh mengundang penyakit yang disebabkan oleh tikus, seperti penyakit kencing tikus!
Penyakit kencing tikus ini adalah antara penyakit berbahaya kerana kebanyakan yang menghidapinya berisiko untuk maut. Jagalah setiap pemakanan, persekitaran dan akitiviti anda dan keluarga setiap hari.Pastikan juga kediaman ada terjamin bersih dan bebas dari pada binatang bernama ‘tikus’ ini!
Jika anda rasa artikel ini bermanfaat, anda dipersilakan untuk kongsikan di laman sosial anda.

Alat Halau Tikus Ultrasonik

Alat halau tikus ultrasonik adalah alternatif terbaik untuk halau tikus sekiranya cara tradisional diatas tidak berkesan.
Wassap/sms ke 011-18528271 jika berminat.

Thursday 18 December 2014

Hapuskan Tikus

Tikus boleh memudaratkan anda sekeluarga. Antaranya:
- Penyakit kencing tikus
- Merosakkan Pakaian
- Mencemarkan makanan
-Menggigit pendawaian rumah hingga putus bekalan eletrik.
- Mencemarka rumah anda dengan najis dll.

Dapatkan Alat halau tikus ultrasonik untuk segera.

pm/wassap ke 011-18528271 jika berminat